Friday 20 March 2015

disebalik 150315

Rasanya masing2 dah tau saya dan momok dah tunang masa
 15/03/15 haritu. opss momok pulak. azhar. maaf.. dah terbiasa
 panggil dia dengan nama tu. hahahaa. kat sini ada 5 cerita 
kekalutan kami sebelum dan selepas majlis.
1. Tak ade goodies. Pagi2 kul7 kena bebel sebab tak ade goodies 
utk org2 yg datang ikut rombongan meminang. Bukan tak 
nak sebenarnye. Nak.. Tapi budget tak cukup. Nak tak nak..
 Pergi la jugak ke kedai rm2. Kul10 baru terhegeh2 nak pegi
 kedai sbb kdai bkk kul10. Padahal majlis kul11 da stat. Haha.


2. Sebelum tu ade pesan kat momok. Jangan gerak selagi saya
 cakap ready. Tup3 momok wasap.. "saya otw dari taman kota".
 Wahh. Kelam kabut. Time tu nasib baik dah siap make up.

3. Masa rombongan sampai pelik gak tengok momok pon ikot
 sekali. Ingatkan dia menyorok kat mana2. Siap duduk sekali 
dengar orang2 bincang. ni kes tak malu lah kot?? :p


4. rombongan meminang sampai makanan pon sampai. Ni la 
kalutnye bila buat majlis pagi. Kan biasanya lepas zohor. Tapi
 kami buat pukul 11 sebab petang tu ade kenduri yasinan. Huhu..

5. Lepas majlis. Family momok pon dah balik tetiba aku dapat
 1 akal nak photoshoot kat luar. sementara keduri yasinan 
pon tak mula lagi. Saje nak memenuhkan album. Then ajak la
 lupah dgn sepupu2 jadi photographer. Dah penat posing kami
 pon pergi makan abc dengan pisang goreng cheese kat pt 
yani.Dahh semua orang pandang aku dengan muka pelik. 
Mesti diorang pikir aku pengantin lari. Miahaahahhaaaa.

Ape2 pon syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan
 lancar. Segala kekurangan mintak maaflah banyak2. 
memang semuanya last minit.  memang kalut sangat2. 
Kita jumpa lagi pada 25 julai 2015 yer. Itu tarikh yang paling
 besar dalam hidup kami berdua. Inshaallah.



2 comments:

Anonymous said...

Tahniahla....

izara aisyah said...

Hmm.. azhar ke tu...