Friday, 13 January 2012

kucing itu comel .. kan ?

hai .. tergerak lak hati nak update blog malam ni . biasa .. penganggur mcm aku mmg sentiasa dilanda kebosanan . entry aku kali nak cite pasal kucing . heehee .. kalo awk - awk nak tau saya takut kucing . tak tau la knapa .. dari kecik sampai la ke besar tabiat ni .. suka tgk kucing . tapi ble kucing tu da wt ''perangai'' then wt muka garang aku da mle cabut lari .. wahahaaa .. 
disebabkan aku suka tgk kucing tapi tak berani nak pegang , so aku nak tunjuk beberapa gambar kucing yg comel2 ..

                                      hai .. comel tak bulu saya ? gebukan ?? meoooww ..



                                              ingat awak je reti panjat pokok ? saya pon reti la .. hihihi 




                                                   apa pandang - pandang ????  kite da ada awek .


                                               opssssss !!! tayangan umum ke ni  :p


                                                          anak & mak ... so sweet kan ??


                                              kejap lagi kite nak dating tau .. kite nak petik bunga la.
                                                nak bagi awek kite .. hihihihiiiiiii .. 


                                         meeooww ,, penat dating .. kite nak mandi gne buih . jgn skodeng yer .. :)


                                      dah la awak .. kite penat .. kite nak pegi tidur .. gudnyte ! 

#  ok .. ini je gambar2 kucing yg aku selitkan .. seriously aku geram tgk kucing2 ni . rase nak belai2 je .. tapi apakan daya .. urrmmm .. hope 1 hari nanti aku berani dgn kucing . AMIN ~ 

Tuesday, 10 January 2012

10 petanda jodoh anda



Berikut adalah 10 petanda menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.  Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur



 Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. saling percaya

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?





7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Tuesday, 3 January 2012

bosan ! nak kerja . lol ~

assalamualaikum :)
hai ,, lme dah rasenye x menaip . huhu .. harini aku nak cerita pasal kerja . 
sejujurnye aku bosan duduk rumah & digelar penganggur . dah dkt sebulan aku jadi penganggur terhormat .. mula2 aku plan nak lepaskan lesen kereta dlu baru g cari keje .. tapi lambat lg la nak dpt lesen tu .. duit poket pon dah kering ni.. tinggal rm1.00 je .. nak bli topup pon x lepas .. huaahaaha :(
mane nak cari keje ye ? kat kawasan tempat tinggal aku ni x byk peluang keje . ada pon tapi dah penuh ..
hah , baru aku teringat . lepas SPM dlu aku penah keje kt 1 kedai ni .. nama dia U LIAN MOBILITY CELCOM CXP . 

tempat ni khas utk BAYAR BIL CELCOM , BELI SIM KAD , BROADBAND , & TOPUP CELCOM shaja .. setakat ni ramai gak la yg tnye .. kau x nk keje lagi ke kt celcom tu ? ngehehee .. bukan x nk . tapi aku tunggu bos col aku dlu .. malu la nak g tnye ada kosong lagi x .. hahahaaaa .. boleh cmni ? :)

aku jugak penah keje kt 1 kedai kek kat area yong peng ni .. nama kedai tu FAR KEE BAKERY . hari2 la aku memandang kek tu .. 
dah ! jgn tgk lebih2 .. tau la lapo .. kih3 .. 
sebulan je aku keje kedai kek . x tahan la keje kat kedai kek .. penat . ehh ,, cerewet lak aku ni ? heheee .. bkn setakat penat aku bhnti .. aku bhenti pon ada sebab .. sebabnye aku nak sambung ke alam persekolahan. nak masuk form6 . hoho ..

# dan sekarang aku dibelenggu kebosanan .. duduk rumah tido sampai ayah jerit .. " hoi !! kau ni tido je .. cbe la tlg ibu wt keje rumah .. blaja masak ke " .. waduh !!! terkena den . fine la .. aku ni x reti masak . masak megi naseb bek sedap . kah3 .  baeekkk la ayah ..  anakmu nak blaja masak . tp law x sedap jgn komplain eh... law kne komplain punah harapan aku nak kawen ... wawawawaaaaa T_T